• Main
  • News

Lima Sebab Perlu Tahu Sebelum Menternak Cicak Di

Lima Sebab Perlu Tahu Sebelum Menternak Cicak Di

"LIMA SEBAB PERLU TAHU SEBELUM MENTERNAK CICAK DI RUMAH.

Assalam

Mesti semua perasan bila tiba waktu malam atau musim hujan banyak kelihatan serangga terbang datang mengerumuni lampu di rumah kita, seperti kalkatu dan sebagainya. Ketika ini kita akan lihat sang reptilia berdarah sejuk Cicak Cicak Pemakan Serangga akan muncul cak! cak! cak!

Cicak cicak ni gemok meatok ( sihat sihat ) dan makin lama makin membiak...makan free la katakan. maka wujudlah komuniti cicak di di rumah kita menjadi pembantu mengurangkan beban kerja kita membersih serangga yang mati di rumah kita
selain itu , ianya juga menarik perhatian semut dan makhluk lain.

Bagus juga ye bila ada komuniti cicak di rumah, ringan sikit tugas kita,menjimatkan.



TAPI SEBENARNYA tanggapan kita itu adalah tidak betul, Yang baik tak semestinya bagus. Kita tak boleh jadikan mereka sebagai kawan atau superhero, apatah lagi menternak mereka.

KENAPA, ye ?

SEBABnya mereka ini nampak saja macam geng #sikattepi tapi mereka ini hipokrit , musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan malah Tali Barut Sang Iblis durjana.

kita semua patut berhati hati. so jangan biarkan, bunuh mereka semua. YA BUNUH ! BUNUH! BUNUH !

5 SEBAB KENAPA PERLU BUNUH CICAK ?

1. Najis dan bangkai cicak adalah tergolong dalam kategori Najis Mutawassitah.. Ianya boleh membatalkan wuduk dan solat apabila ianya terkena kepada badan ,pakaian atau tempat solat..

2. CICAK MUSUH NABI IBRAHIM

Cicak adalah makhluk bersifat MUNAFIK ( Pengkianat ) kerana sewaktu peristiwa nabi Ibrahim a.s dilempar ke dalam api , semua haiwan yang melata berusaha memadamkan api , kecuali cicak yang menghembus hembus api yang membakar. ( HR AHMAD )

3. BUNUH CICAK DAPAT PAHALA

Barang siapa yang membunuh cicak dengan satu pukulan, maka baginya adalah 100 kebaikan, dan jika pada pukulan kedua, maka baginya kebaikan berbeza daripada yang pertama, dan jika pada pukulan ketiga maka kebaikan berbeza daripada yang kedua.
(KITAB SAHIH MUSLIM).
sunat buat dapat pahala

4. CICAK BOLEH JADI MEDIA SIHIR

" Rasulullah s.a.w pernah mengkhabarkan kepada kami bahawa jin itu terdapat dalam tiga golongan ; Pertama Jin yang berterbangan ( melayang) di udara, Kedua jin yang hidup dalam haiwan melata. , Ketiga jin yang mempunyai tempat tinggal dan suka berpergian ( HR THABRANI, HAKIM,BAIKHI Dengan sanad yang sahih ).

Berhati hati terhadap binatang melata ini yang sering dijadikan media pembawa sihir.
Tak rugi kita berwaspada

5. CICAK ADALAH FAWASIQ

Fawasiq adalah binatang perosak

Rasulullah s.a.w bersabda;
" Matikan lampu lampu kalian jika kalian hendak tidur, dan tutuplah pintu pintu serta jendela dan tutuplah bekas makanan dan minuman " ( HR BUKHORI )

CICAK juga mengandungi bakteria Escherichia Colli ( E Colli)

tutup lah bekas makanan dan minuman kerana kita tidak tahu penyakit apa yang akan singgah di makanan dan minuman kita termasuk lah jika dijilat oleh cicak atau terkena najis cicak kerana kotoran cicak mengadungi mikrob yang boleh menyebabkan sakit perut dan mengganggu kesihatan manusia.

Semoga ianya bermanfaat kepada semua
Dont Judge By Cover
Wallahuallam
#kongsirezeki
#jangedimurih
#sikattepi